Isnin, 19 November 2012

Menanti Bakal Imam ku..

Assalamualaikum w.b.t..
Mungkin Allah telah menetapkan siapa jodoh dan bakal imam ku..
Hanya doa yang mampu ku titipkan di saat ini..

*Jodoh itu Rahsia Allah*
Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui segala2nya..
Semakin berat dan kuat cubaan mahupun ujian yang Allah telah berikan..
Tidak terdaya untuk diri ini melangkah dan terus melangkah..
Tetapi sampai bila harus aku menoleh ke belakang..
Mungkin dia bukan diciptakan untuk aku di dunia dan mungkin kita 
akan bertemu dan bersama di akhirat kelak dan selama2 nya..
Wahai Bakal Imam ku yang ku nantikan..
Maaf andai diri ini mempunyai kekurangan dalam sifat ku..
Maaf andai aku bukan yang terbaik untuk bersama..
Menanti Bakal Imam ku adalah satu pengorbanan yang sangat berat
tetapi itu adalah satu ujian yang sangat mencabar..
Tidak mungkin aku akan menjumpai Bakal Imam ku dengan mudah..
Dengan pelbagai dugaan dan cabaran akan membuatkan aku lebih menghargai mu..

Wahai Bakal Imam ku,
Dan Pemilik Tulang Rusuk yang aku nantikan..
Menanti mu adalah membuatkan aku gelisah seribu bahasa..
Tidak terdaya untuk aku meneruskan nya tanpa kamu di sisi..
Indah nya andai aku menemui pemilik tulang rusuk ini..


Mungkin adalah yang harus aku lalui untuk memiliki mu 
Wahai Bakal Imam Ku..
Sesungguhnya aku menanti kamu untuk melafazkan SAKINAH 
kepada diri ini suatu hari nanti..
Di kala air mata ini berlinangan ketika kau melafazkan nya dengan lafaz yang
sangat dan penuh bermakna pada ku..
Disaat aku bertukar pemilik dari ibu ayah yang tersayang kepada
bakal imam dan bakal ayah kepada anak2..
Tanggungjawab yang besar setelah lafaz sakinah dilafazkan..
Aku akan terus bersama kamu sehingga akhir hayat kita berdua..

 Wahai Bakal Imam Ku..
Didik lah aku untuk menjadi pemilik ruang hidup mu selama2 nya..
Bimbing aku andai aku tersalah dan tersasar..
Kepada mu aku menanti hingga tiba masa nya..
Akan aku terus menanti dan aku titipkan doa ku untuk bersama mu 
Wahai Bakal Suami dan Imam Ku..
Izinkan aku menjadi makmum dan penyeri dalam hidup mu selama2 nya..

#p/s: Belajar lah untuk menghargai sekeping hati,
dan cubalah untuk menyelami isi hati.. 

7 ulasan:

Busyra Bt Takiyudin berkata...

jika tiba masanya, ia akan tiba.. jodoh itu pasti.. tp tak tau bila. :)

eykin hamzah berkata...

betoltu Busyra, menanti adalah satu keputusan yg terbaik..

Cik Nas :) berkata...

jodoh tu macam rezeki, in shaa allah telah ditetapkan bahagian masing-masing :)

eykin hamzah berkata...

Cik Nas insyallah semua tu kte harus menunggu dgn penuh redha :)

Zhura Zainal berkata...

Tenang dan bahagia je rase bile da IMAN sendiri. =)

Zhura Zainal berkata...

Tenang dan bahagia je rase bile da IMAN sendiri. =)

eykin hamzah berkata...

Zhura ye insyallah semoga tenang dan bahagia apabila ia nya hadir :)