Selasa, 5 Jun 2012

Dugaan Mu Ya Allah..

assalamualaikum w.b.t..
Syukur alhamdulillah masih berpeluang bernafas di atas bumi Mu Ya Allah..
Terlalu berat rasa nya kaki ini mahu melangkah meneruskan kehidupan 
yang terlalu banyak dugaan yang menanti diri ku ini..
Ya Allah,sungguh berat dugaan yang telah kau berikan..
Aku terlalu lemah untuk menghadapi nya seorang diri..
Ya Allah,hamba tidak pernah putus memohon kepada Mu Ya Allah..


Benarkan diri ini menikmati kebahagiaan walaupun seketika..
Benarkan hamba mu ini mengukirkan senyuman walaupun penuh dengan
kepalsuan Ya Allah Ya Rabbi..

Berikan aku kekuatan untuk aku mengubah kedukaan ini kepada kegembiraan..
Apa pun yang terjadi semua itu takdir allah yang harus diri ini terima 
dengan dada yang lapang..
Sesungguhnya pengalaman itu adalah guru sejati bagi kita..

Kekadang diri ini terasa mengalah dan berputus asa..
Tetapi berkat kesabaran diri ini hamba Mu ini tidak akan berputus asa..
Mungkin ada hikmah di sebalik semua nya terjadi Ya Allah..


Ya Allah Ya Rabbi,berikan diri ini kekuatan untuk menghadapi semua nya
tanpa setitik pun airmata ini mengalir..
Hamba terlalu lemah dan tidak terdaya..
Kepada Mu,hamba Mu ini memohon segala2 nya Ya Rabbi..


Inginkan kedamaian dan kebahagiaan seketika walaupun amat payah dan
perit untuk mengharungi nya..
Terkadang diri ini terasa hina kerana tidak berdaya untuk menghadapi semua ini..
Akan ku akurkan semua nya..
Membawa sekeping hati tanpa pendamping yang telah kau ciptakan..
Terkontang kanting,menangis tanpa sesiapa di sisi..
Hanya mampu mengalir dan mengesat air mata yang berderai jatuh membasahi
pipi yang tidak seindah dulu kau ciptakan 
yang selama ini mengukir senyuman yang paling manis dan gelak ketawa..
Hanya kepada Mu ,aku bermohon dan mengadu Ya Allah..
Sesungguhnya kau maha mendengar segala masalah dan kedukaan 
hati ini Ya Allah..
Tabahkan lah hati mu wahai sahabat ku yang sedang dalam kesedihan..
Sekian..

6 ulasan:

AA berkata...

hidup ni kadangkala memang bangang, tapi,sebagai hamba kita wajib untuk terima walau apa jua halangan yang datang :) bila allah uji kita itu sebenarnya allah nak test kita. allah nak tengok kita ingat dia ke dak. so, awak harus tabah untuk semua dugaan. ^__^

Eykin Hamzah berkata...

insyallah thanks ms..ye semua tu ujian dan dugaan utk hamba2 nye yg lemah ni..

✿INA AINAA✿ berkata...

betul tu sis.. jgn sesekali give up dear... Allah sentiasa dgn kita... the tougher the obstacles are, the stronger u would be... ^.^

Eykin Hamzah berkata...

insyallah syg lady ainaa...semoga kekuatan tu bersama sis selalu...

AL AZRUL berkata...

yea.. never give up..
jgn mnyerah klh, mnyrh klh bererti sdh brptus asa.. ;)

Eykin Hamzah berkata...

insyallah tidak akn menyerah kalah lagi..mungkin kekuatan itu telah kembali kpd eykin..thanks al azrul...